APA YANG MENARIK DI KAJANG 2??
- Zarifi Ederis
- 1 Jan 2020
- 2 min membaca
Updated: 4 Jan 2020
Kajang 2 adalah merupakan satu kawasan pembangunan bersepadu yang dirancang untuk menjadi pusat perniagaan yang baru menggantikan kawasan perbandaran sediada Kajang yang telah sesak dan padat. Pembangunan infrastruktur di Kajang 2 dirancang dengan baik iaitu dengan adanya Stesen KTM Kajang 2 yang pada ketika ini sedang dibina dan berjarak satu stesen sahaja ke Stesen MRT Kajang yang telah siap dan beroperasi sepenuhnya.
LOKASI KAJANG 2
Kajang 2 terletak di sebelah selatan bandar lama Kajang dan bersebelahan dengan Bandar Baru Bangi dan Bandar Teknologi Kajang. Akses utama adalah melalui Silk Highway, Jalan Reko dan Persiaran Bangi. Rujuk gambarajah berikut untuk pelan lokasi dan aksesibiliti ke Kajang 2.

POTENSI PEMBANGUNAN DI KAJANG 2
Kajang 2 amat berpotensi untuk berkembang maju dengan adanya perancangan kemudahan-kemudahan seperti berikut :
1. Kompleks membeli belah
2. Stesen KTM Kajang 2
3. Pusat pendidikan – Sekolah rendah dan menengah, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa
4. Pusat kesihatan
5. Bangunan pejabat
6. Perumahan bertanah dan berstrata
Gambarajah berikut menunjukkan ilustrasi cadangan pembangunan Kajang 2 oleh pemaju MKH Berhad.

PROJEK-PROJEK PERUMAHAN PILIHAN DI KAJANG 2
Terdapat beberapa projek perumahan baru yang ditawarkan di Kajang 2 iaitu :
1. Rumah Selangorku (RSKU) Idaman. Harga sebelum diskaun RM288,800. Saiz rumah 1,022 kaki persegi dan status tanah adalah FREEHOLD. Terdapat beberapa pakej menarik ditawarkan antaranya air cond percuma di setiap bilik, wardrobe percuma, kabinet dapur percuma, pemanas air percuma serta juga tv dan kabinet tv percuma.
2. Canopy Hills. Harga bermula dari serendah RM230,000 sahaja!! Bayaran booking yang diperlukan juga hanya RM1,000 dan status tanah bagi projek ini adalah FREEHOLD. Saiz unit yang ditawarkan adalah antara 587 sehingga 890 kaki persegi. Antara keistimewaan projek ini adalah ianya mempunyai 38 jenis kemudahan yang disediakan dan hanya 500 meter untuk sampai ke Stesen KTM Kajang 2.
3. Condo Kajang 2. Harga bermula dari RM295,000 dengan saiz rumah 930 kaki persegi. Terdapat 3+1 bilik dan 3 bilik air. Projek ini bersebelahan dengan Canopy Hills dan bayaran booking yang dikenakan hanyalah RM100!!

NAK TAHU LEBIH LANJUT BERKAITAN KAJANG 2?
Untuk keterangan lanjut berkaitan projek-projek perumahan di Kajang 2, hubungi saya ZARIFI Di talian 012-6607668 atau MS YAYA di talian 017-751212. Klik link whatsapp berikut untuk capaian lebih mudah
Comments